KUALA LUMPUR, 21 Jun – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik Timbalan Ketua Polis Negara berkuasa kuasa Jumaat ini.
Tan Sri Razarudin Husain yang kini Timbalan Ketua Polis Negara pula dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu, menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang memilih untuk bersara awal.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis. – nasionalkini.my