in ,

Arif Aiman kini bernilai RM2.3 juta, kekal pemain tempatan termahal

WhatsApp Image 2023 06 28 at 9.53.35 PM
Arif Aiman kini kekal sebagai pemain tempatan termahal Liga Malaysia (Liga M).

Oleh Luth Adwa

ISKANDAR PUTERI, 28 Jun – Daripada RM2 juta menerusi kemaskini terakhir dilakukan pada Oktober 2022 oleh laman sesawang transfermarkt.com, kini nilai pemain bernilai (MVP) Liga Malaysia, Arif Aiman Hanapi mencecah RM2.3 juta.

Nilai bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) berusia 21 tahun ini naik RM300,000 ekoran prestasi cemerlang yang dipamerkan bintang muda Harimau Malaya tersebut.

Ia sekali gus menyaksikan Arif Aiman kekal sebagai pemain tempatan termahal Liga Malaysia (Liga M).

Bermula 2021, Arif Aiman diletakkan nilai sebanyak RM638,000 sebelum meningkat kepada RM766,000 pada kemaskini di penghujung 2021.

Nilai pasaran pemain itu terus meningkat kepada RM1.5 juta pada pertengahan 2022 dan naik menjadi RM2 juta pada Oktober 2022.

Ia menyaksikan Arif Aiman kekal memegang status pemain tempatan termahal meninggalkan Matt Davies (RM2 juta), Faisal Halim (RM1.9 juta), La Vere Corbin Ong (RM1.8 juta) dan Afiq Fazail (RM1.6 juta).

Pada perlawanan separuh akhir Piala FA 2023, 26 Jun lalu, Arif Aiman muncul wira apabila meledak hatrik untuk membantu skuad Harimau Selatan menewaskan Selangor 4-0.

Kejayaan meledak hatrik itu adalah kejayaan sensasi berterusan dipamerkan pemain muda itu selepas berjaya meledak lima gol bersama skuad kebangsaan, termasuk empat gol.

Kesemua itu berlaku ketika membantu skuad Harimau Malaya membelasah Papua New Guinea 10-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu, minggu lalu. – nasionalkini.my

penempatan israel

Israel lulus 5,700 unit penempatan baharu kepada peneroka haram Yahudi di Tebing Barat

IMG 20230629 021326 800 x 500 pixel

Peserta demonstrasi koyak, bakar Al-Quran