in

Tumbangkan kerajaan bukan perkara mudah

Untitled design 3

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Usaha untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan bukan perkara yang mudah seperti yang disangkakan, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan yang ada hari ini telah dibentuk dengan sokongan majoriti dua pertiga selain Akta Anti Lompat Parti 2023 juga telah berkuat kuasa.

“Bagi pihak BN kami tidak ada apa-apa usaha atau ura-ura dilakukan untuk memporak-perandakan kerajaan sedia ada,  itulah janji yang telah kita berikan semasa menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU). 

“Bukan saja PRU tapi di Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor kita memerlukan kestabilan demi kemakmuran bersama.

“Itu terpulang kepada ahli Parlimen masing-masing namun sekarang Akta Anti Lompat Parti 2023 sudah berkuat kuasa selepas diluluskan di Parlimen, Mac lalu.

…kamu tak boleh simply walk away’ (keluar) dan tak menyokong kerajaan serta mahu menyokong parti lain kerana ia bertentangan dengan undang-undang,” katanya.

Terdahulu beliau hadir Majlis Rumah Terbuka Kementerian Pertahanan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas spekulasi mengenai Perikatan Nasional (PN) sedang terbabit usaha untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim sebagai ketua kerajaan dan membentuk kerajaan baharu.

Bagaimanapun Mohamed yang juga ahli Parlimen Rembau itu menjelaskan, seseorang Ahli Parlimen perlu meletak jawatan jika mahu keluar dan menyokong parti lain serta perlu diadakan PRK namun bukan mudah untuk menang kembali kerusi berkenaan.

“Lagipun, kerajaan kini sudah ada 148 majoriti dua pertiga sokongan dan untuk ditumbangkan adalah satu perkara yang saya rasakan agak susah,” katanya.

Buat masa ini, BN  katanya akan terus memberikan sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan berikuta ia merupakan pendirian gabungan berkenaan sejak beberapa tahun lalu bagi menjamin kestabilan politik dalam menguruskan negara.

“Kami tidak mempunyai sebarang rancangan untuk memporak-perandakan kerajaan Perpaduan sedia ada kerana itulah janji kami kepada rakyat dalam beberapa pilihan raya negeri lalu dan juga PRU.

“… kita memerlukan  kerajaan yang stabil malah parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan hari ini, telah pun bersetuju dan ada perjanjian untuk bekerjasama bagi memastikan pentadbiran kerajaan diberikan keutamaan,” katanya. -nasionalkini.my

bukit 1

PERZIM cari mekanisme terbaik bendung vandalisme di bangunan bersejarah

bnm pr

BNM umum keputusan OPR esok, penganalisis jangka kadar tidak berubah