in

Bersara dari perjuangan kerana faktor usia teori sekular – Hadi

2151564

SHAH ALAM – Bersara daripada perjuangan kerana faktor usia disifatkan sebagai teori barat sekular dan tidak berwawasan akhirat, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, para rasul tidak bersara daripada melaksanakan tugas mereka disebabkan faktor usia dan yang paling utama mereka mempunyai wawasan akhirat yang kekal abadi.

“Saranan sedemikian wajib ditolak, sekalipun yang mengatakannya itu bertaraf ahli falsafah, pemikir, ilmuwan, profesor dan sebagainya, kerana ilmunya tanpa berpandukan hidayah.

“Ukuran mereka itu hanyalah faktor umur, bukan faktor mukallaf,” katanya menerusi Minda Presiden Pas pada Selasa.

Abdul Hadi berkata, al-Quran menceritakan bahawa semua rasul berdakwah dan berpolitik dalam menghadapi kerajaan dan rakyat pada zaman masing-masing sepanjang hayat, sehingga tamat ajalnya di alam dunia.

Jelasnya, hanya sejumlah kecil dalam kalangan rasul yang sempat memimpin negara manakala sebahagian besarnya tidak berkesempatan sehinggakan mereka wafat dan sebahagian lagi bersama pemerintah tanpa memimpin negara.

Sumber Berita: Sinar Harian

2151803

Pemuda UMNO cari jalan mudahkan proses keahlian parti

2152088

Jackie Chan ke Malaysia tahun depan untuk penggambaran filem