in

Ibu bapa kecewa dengan sistem IDME

IMG 20230503 WA0010
Sebahagian warga maya meninggalkan komen dalam akaun Facebook Kementerian Pendidikan mengenai rungutan terhadap sistem IDME yang gagal diakses oleh mereka bagi pendaftaran kemasukan murid darjah satu sesi 2024 dan 2025..

KUALA LUMPUR, 3 MEI – Golongan ibu bapa melahirkan kekecewaan untuk mendaftar anak mereka ke dalam sistem IDME Kementerian Pendidikan bagi sesi pendaftaran kemasukan murid darjah satu bagi sesi 2024 dan 2025.

Tinjauan Nasionalkini dalam laman sosial Facebook kementerian itu mendapati rata-rata ibu bapa kecewa untuk mendaftar masuk malah ada yang mengambil masa seharian untuk mendaftar tapi gagal.

Seorang pemilik akaun Facebook bernama Bunga Auf antara yang gagal mendaftar persekolahan anaknya dalam sistem itu.

“Setiap jam masih sama tak boleh nak daftar,” katanya sambil menunjukkan tangkap layar menunjukkan ruangan kosong sistem itu.

Bagi Azi Qaireen, dia mempersoalkan mengapa sistem terbaharu ini bermasalah sedangkan sistem sebelum ini berjalan lancar.

“Wahai warga kerja KPM ( Kementerian Pendidikan) kenapa slow (perlahan) pendaftaran darjah satu. Korang (anda) masih lagi beraya ke.

“Dah elok-elok sistem lama digunakan korang update (kemas kini) sistem baharu tapi tak membantu langsung. Dari semalam nak buka tak boleh. Pagi ini pun tak boleh juga,” katanya dalam nada kecewa.

Anis Azrien pula mencadangkan supaya menyelesaikan dulu sistem IDME itu sebelum membuka kepada program lain.

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan mengumumkam pendaftaran kemasukan murid darjah satu dengan menggunakan sistem IDME dan sistem sebelum ini dihentikan.

Keadaan itu menimbulkan rungutan ibu bapa yang telah mendaftar anak mereka menggunakan sistem lama bagi sesi kemasukan 2024 tetapi perlu mendaftar semula menggunakan IDME. – nasionalkini.my

20230503 095731

Murid, guru boleh pakai baju sukan

20230503 113115

Siti Bainun didapati bersalah abai, aniaya Bella