in ,

KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN!! Kes Bunuh Peniaga COD

kES bUNUH cod

Demikian titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah ketika berkenan bercemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa bunuh di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang pada 14 Februari 2025.

Kes Bunuh Peniaga COD 2

Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Paduka Baginda mahu suspek segera diberkas dan hukuman setimpal dikenakan jika disabitkan atas kesalahan membunuh.

Dalam kunjungan tersebut, Paduka Baginda sempat menitipkan titah nasihat dan kata-kata semangat buat suami mangsa, Mohammad Afiq Akmal Nudin, 31.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita yang juga peniaga makanan ditemui mati disyaki dibunuh di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada Khamis, 13 Februari 2025.

Mayat mangsa berusia 37 tahun ditemui seorang lelaki sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 12.45 tengah hari.- NASIONALKINI

IMG 20240809 070546 800 x 500 pixel

Kuliah Maghrib, doa selamat di Lepar Utara

Kes Bunuh Peniaga COD

Suspek Kes Bunuh Peniaga COD Diberkas di Kuala Terengganu