in

4 ‘peminta sedekah’ ditahan di Genting Highlands

Screenshot 20230510 100550
Tangkap layar video membabitkan suspek yang tular di Facebook sejak 9 Mei lalu

PETALING JAYA, 10 Mei – Empat warga asing ditahan kerana disyaki meminta wang dan mengganggu ketenteraman awam di sekitar kawasan Genting Highlands semalam.

Ketua Polis Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, wanita dalam lingkungan 30 hingga 34 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak 5 Mei lalu.

Katanya, tindakan diambil susulan aduan orang ramai yang terganggu dengan cara suspek memujuk dan merayu meminta wang.

“Kegiatan suspek turut dirakam dan ditularkan pengguna media sosial melalui sebuah akaun Facebook pada 9 Mei lalu.

“Semua wanita terbabit ditahan dan dibawa ke Balai Polis Genting Highlands untuk siasatan lanjut,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 27(c) Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Mana-mana individu didapati meminta sedekah di tempat awam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100 atau penjara sehingga sebulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya sambil menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes itu masih dalam siasatan. – nasionalkini.my

20230510 093944

Trump bersalah kes pencabulan seksual

20230510 110325

Anwar hadir sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-42