in

Puteri Sarah fail tuntutan balas nusyuz

20230508 111245
Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin - Gambar dari Twitter

GOMBAK, 8 Mei – Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, memfailkan tuntutan balas nusyuz terhadap suaminya yang juga pengarah Syamsul Yusof, 39, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, pagi tadi.

Selain itu, Puteri Sarah turut memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz Syamsul terhadapnya.

Peguam mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee Din menetapkan 14 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dengan kedua-dua pihak perlu hadir ke mahkamah.

“Kedua-dua pihak tidak hadir hari ini kerana sudah menerima pengecualian dan kami juga sudah diberikan kebenaran. Jadi, kami sudah memfailkan pembelaan kepada tuntutan nusyuz dan dalam masa sama, kami juga sudah memasukkan tindakan balas.

“Jadi, mahkamah sudah memberi tarikh baharu untuk memasukkan pembelaan. Seperti Syamsul, Puteri Sarah juga alasannya berkenaan sikap tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

“Kami kena akui masing-masing ada pembelaan dan anak guam kami menafikan terhadap tuduhan dilemparkan oleh Syamsul terhadapnya,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof iaitu Azmi Mohd Rais, mengesahkan perkara berkenaan.

“Syamsul akan meneliti tuntutan balas dan akan memasukkan jawapan serta pembelaan. Dan tarikh seterusnya adalah pada 14 Jun depan. Pada tarikh akan datang mereka perlu hadir.

“Dan untuk pengetahuan, sekiranya tiada penyelesaian global kes ini masih diteruskan,” katanya.

Untuk makluman, seorang suami boleh disabitkan dengan nusyuz sekiranya mengabaikan nafkah zahir, batin, menyuruh isteri melakukan perkara yang bertentangan hukum syarak, memukul isteri dan tidak berlaku adil (bagi yang berpoligami).

Bagaimanapun, penalti atau hukuman yang boleh dikenakan kepada suami nusyuz adalah bergantung kepada jenis kesalahan dilakukan.

Pada tarikh sebutan semula kes hari ini, mahkamah turut mengecualikan kehadiran Syamsul dan Puteri Sarah dan hanya diwakili peguam syarie masing-masing.

Terdahulu, Syamsul ketika ditemui media sebelum ini memberitahu bertindak memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah bukan kerana mahu membalas dendam, sebaliknya menyelamatkan rumah tangganya.

Azmi berkata, Puteri Sarah terbabit dalam beberapa tuntutan nusyuz atas beberapa alasan.

“Syamsul sudah memfailkan kes tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah dan kami berusaha mendapatkan kebenaran untuk menyerahkan saman memandangkan Puteri Sarah tinggal di Wilayah Persekutuan.

“Jadi, kami akan serahkan saman kepadanya dalam masa terdekat ini.

“Nusyuz adalah isteri tidak taat dan derhaka, jadi Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz ini kepada Puteri Sarah kerana beberapa alasan yang dinyatakan dalam tuntutan tadi.

“Antaranya, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, keduanya masih menghubungi bekas kekasihnya dan ketiga enggan mematuhi notis nusyuz serta keempat sudah membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul dan tidak memberi nafkah,” katanya.

Nusyuz seorang isteri adalah satu keengganan isteri mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak.

Hasil perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun. – nasionalkini.my

logo polis 2 1651832730

Polis tahan jurulatih selam skuba cabul pelancong

20230508 120953

Hasrat skuad hoki dalam dewan lelaki raih emas tidak kesampaian