in

‘Bilik’ apa tu? Farid, Diana enggan komen.

1440080

Shah Alam : Pelakon Farid Kamil, 42, enggan mengulas mengenai ‘bilik’ di rumah mereka yang dianggap tidak sesuai untuk dimasuki anak-anaknya seperti dakwaan isterinya, Diana Danielle menerusi perkongsian di Instagram Story, baru-baru ini.

Malah, Farid hanya menunjukkan gerakan tangan seolah-olah memberi maksud tidak mahu menjawab soalan terbabit.

“Takda. Takda apa-apa,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, ketika sebutan kes hadanah yang membabitkan hak penjagaan dua anaknya, Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8, hari ini.

Sementara itu, isterinya, Diana Danielle, 32, ketika ditanya mengenai perkara itu turut membiarkan apa yang dikongsikan dalam coretan Instagram sebelum ini kekal menjadi tanda tanya ramai.

Pelakon filem Imaginur itu juga hanya berlalu pergi ke kenderaan miliknya tanpa berkata apa-apa.

Terdahulu, Diana mendedahkan menerusi perkongsian di Instagram Story bahawa Farid bertindak mengurung semalaman anak bongsunya, Nur Aurora atas alasan ingin memberi pengajaran terhadapnya kerana kesalahan memetik cili milik jiran sebelah rumah.

“Bilik itu pun tak sesuai anak masuk. You tahu kenapa bilik itu tak sepatutnya ada kanak-kanak dalam itu.

“Jadi, memang tak sesuai nak suruh anak tidur dalam bilik itu, apa lagi atas lantai,” katanya.

Sumber Berita : Harian Metro

2152088

Jackie Chan ke Malaysia tahun depan untuk penggambaran filem

2152067

Siti Nurhaliza teruja nyanyi lagu OST filem Anwar The Untold Story