TOKYO, 11 Mei – Gempa bumi dengan kekuatan awal magnitud 5.4 melanda wilayah Chiba di Tokyo, Jepun awal pagi tadi, menyebabkan bangunan bergegar, menurut laporan media rasmi NHK.
Kekuatan gegaran dicatatkan pada ‘kekuatan 5’ dalam skala ukuran gempa bumi yang mencapai tahap ‘7’, terutama di kawasan bandar Kisarazu, Chiba.
NHK juga melaporkan tiada amaran tsunami dikesan selepas gempa bumi itu.
Sebelum ini, pada 6 Mei lalu, gempa bumi kuat melanda tengah Jepun menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan 21 cedera, manakala beberapa bangunan runtuh.
Gempa bumi berukuran magnitud 6.5 pada skala Richter itu melanda wilayah tengah Ishikawa pada tengah hari pada kedalaman 12 kilometer, menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Pegawai cuaca memberi amaran kepada penduduk mengenai kemungkinan gempa susulan dan tanah runtuh, namun tiada risiko tsunami.
Gempa itu mencatatkan enam teratas pada skala seismik Shindo Jepun, yang meningkat kepada maksimum tujuh. – nasionalkini.my