in

Israel lulus 5,700 unit penempatan baharu kepada peneroka haram Yahudi di Tebing Barat

penempatan israel
Israel meluluskan rancangan untuk membina kira-kira 5,700 penempatan baharu kepada peneroka haram yYahudi di Tebing Barat.

TEBING BARAT, 28 Jun – Israel meluluskan rancangan untuk membina kira-kira 5,700 unit penempatan baharu  kepada peneroka haram Yahudi di beberapa kawasan di Tebing Barat.

Kelulusan berkenaan telah menjadikan jumlah keseluruhan penempatan baharu meningkat menjadi 13,000 unit sepanjang tempoh enam bulan pertama, tahun ini.

Memetik Agensi Anadolu, Jawatankuasa Perancangan Kementerian Pertahanan Israel  telah memberi lampu hijau untuk membina  kira-kira 5,700 kediaman baharu dalam tempoh enam bulan akan datang.

Keputusan itu termasuk kelulusan akhir untuk pembinaan  818 kediaman baharu di penempatan haram seperti Elkana, Revava, Givat Ze’ev, Carmel, dan Harmesh.

Menurut NGO, Peace Now berkata, Israel telah meluluskan pembinaan kediaman kepada peneroka haram paling banyak tahun ini berbanding rekod 2020 hanya  12,159 unit penempatan.

“Kelulusan untuk membina  5,700 unit kediaman hari ini dan lebih 13,000 pada separuh pertama tahun ini secara jelas menunjukkan Israel kini bergerak ke arah rampasan kuasa,” kata kenyataan Peace Now, hari ini.

Tindakan berkenaan telah mengubah Israel “menjadi negara apartheid.”

Sehingga kini kira-kira 700,000 peneroka haram yahudi  menetap di kira-kira 300 penempatan haram di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – Agensi

jeriji 4

Kurung murid dalam bilik jeriji besi selesai cara baik

WhatsApp Image 2023 06 28 at 9.53.35 PM

Arif Aiman kini bernilai RM2.3 juta, kekal pemain tempatan termahal