in

Bayi ajaib kini membesar di bawah jagaan ibu saudara

afraa 5
Afraa dianggap bayi ajaib selepas selamat di bawah rutuhan gempa bumi selama 10 jam

JENDERIS, 6 Ogos – Bayi perempuan yang dilahirkan di bawah runtuhan akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria kira-kira enam bulan lalu kini membesar dengan baik.

Bayi yang dinamakan Afraa itu kini berada dalam jagaan keluarga ibu saudara.

Kira-kira enam bulan lau, bayi Ajaib ini ditemui selamat selepas 10 jam terperangkap di bawah runtuhan selepas kedua ibu bapa serta empat adik beradiknya meninggal dunia.

Ketika ditemui, tali pusat masih bersambung dan dipotong daripada ibunya.

Afraa 3
Afraa dikejakan ke hosptal sejurus selepas penemuan di bawah runtuhan gempa bumi di Syira.

Penemuannya menggegarkan masyarakat dunia dan dianggap ajaib berikutan masih hidup walaupun berada di bawah runtuhan selama 10 jam.

Penemuan berkenaan menyebabkan ramai yang menawarkan diri mahu mengambil sebagai anak angkat.

Afraa 2
Keadaan terkini Afraa yang selamat di bawah jagaan keluarga ibu saudaranya

Bagaimanapun selepas beberapa bulan di hospital di utara Syria bayi comel itu diserahkan kepada ibu saudaranya.

Pihak hospital juga telah menjalankan ujian DNA bagi memastikan wanita berkenaan mempunyai pertalian darah dengan Afraa.

Kini bayi comel dijaga bersama keluarga ibu saudaranya Bersama tujuh sepupu yang membesar bersamanya di sebuah rumah di bandar tersebut. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 08 06 at 09.15.23

Kongsi mesej fitnah, Fahmi Fadzil tegur Pemuda Pas Hulu Langat

123

Cakap elok-elok, sekarang ini saya Perdana Menteri