ISTANBUL – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 27 lagi cedera akibat gempa bumi kuat yang melanda Papua New Guinea pada Isnin.
Gempa bumi bermagnitud 7.0 dengan kedalaman 80 kilometer melanda Tasik Chambri wilayah Sepik Timur pada kira-kira 4 pagi Isnin (waktu tempatan).
Komander polis wilayah Christopher Tamari berkata, gempa bumi itu mengorbankan empat orang selain mencederakan 17 yang lain dan memusnahkan lebih 300 rumah, lapor Agensi Anadolu memetik The National pada Selasa.
Beliau berkata, angka itu belum disahkan kerana pihak berkuasa masih mengumpul maklumat.
Gempa bumi itu melanda kawasan sekitar 100 kilometer barat daya Wewak, ibu kota wilayah Sepik Timur.
Gegaran turut dirasai di sepanjang pantai utara tanah besar dan kebanyakan wilayah Tanah Tinggi. – Bernama-Anadolu
Sumber Berita: Sinar Harian