PLATFORM mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan, GoCar Malaysia (GoCar) menawarkan penggunaan percuma selama sejam dihadkan pada RM14 kepada orang ramai untuk menempah GoCar Share (perjalanan pergi balik) bagi tempoh dua jam atau lebih sepanjang bulan Ramadan ini.
GoCar dalam satu kenyataan berkata, promosi itu sah untuk tempahan yang dibuat bermula sekarang hingga 21 April 2023 dengan menggunakan kod promo ‘GOBERBUKA’.
“Pelanggan boleh menggunakan kod promo ini tanpa had sepanjang tempoh kempen ini.Terdapat pelbagai kenderaan disediakan bermula daripada kereta kompak hingga kenderaan pelbagai guna (MPV) yang luas demi memenuhi keperluan dan bajet berbeza.
“Dengan kadar bermula hanya RM13.90 sejam, GoCar menawarkan mode pengangkutan yang mudah dan mampu milik untuk anda berkongsi pengalaman dan memori berbuka puasa bersama keluarga serta rakan-rakan,” jelas kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, tawaran itu terbuka kepada orang ramai di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru yang tidak mempunyai kenderaan tetapi tidak mahu menggunakan pengangkutan awam terutama ketika waktu puncak sebelum iftar boleh memanfaatkan perkhidmatan perkongsian kereta GoCar sebagai satu alternatif yang lebih mampu milik.
“Bagi mereka yang masih belum cuba memandu kereta elektrik sepenuhnya (EV), ini adalah peluang terbaik untuk merasai sendiri pengalaman memandu Nissan Leaf yang senyap dan bersih di bandar,” kata kenyataan itu.
GoCar baru-baru ini telah menukar kadar jam GoEV (perjalanan pergi balik) kepada RM17.90 berbanding RM24.90 sejam sebelum ini.
Untuk menempah GoCar Share atau GoEV, download aplikasi mudah alih GoCar.
Sumber: Sinar Harian