in

Ada ‘sinar’ buat sektor sarung tangan getah

IMG 20230516 WA0011
Pada Februari dan Mac tahun ini, eksport sarung tangan getah masing-masing meningkat 8 dan 10 peratus. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Peningkatan beransur-ansur dalam dinamik pasaran akan memberi impak positif kepada pengeluar sarung tangan getah tempatan di sebalik cabaran menaikkan harga jualan purata (ASP).

Ini mendorong RHB Investment Research mengekalkan pandangan ‘neutral’ terhadap sektor sarung tangan getah.

Malah, ia juga kekal ‘neutral’ terhadap 4 syarikat pengeluar sarung tangan getah di bawah liputannya iaitu Top Glove Corp. Bhd., Kossan Rubber Industries Bhd., Hartalega Holdings Bhd. dan Supermax Corp. Bhd.

Firma itu menaikkan harga sasaran (TP) Kossan kepada RM1.27 sesaham daripada RM1.24 sesaham sebelum ini, sebaliknya menyemak turun TP Hartalega, Top Glove dan Supermax.

Bagi Top Glove, TP disemak lebih rendah kepada 98 sen daripada RM1 sebelum ini manakala Supermax pada 85 sen daripada 88 sen dan Hartalega pada RM2.38 sesaham.

Penganalisisnya, Oong Chun Sung menjangkakan pertumbuhan bekalan industri pada tahun ini adalah mendatar dan ke negatif memandangkan pengeluar sarung tangan getah sedang mempertimbangkan untuk melupuskan barisan pengeluaran yang sudah usang secara berperingkat.

“Kami menganggarkan pelaksanaan catuan kapasiti (memandangkan kadar penggunaan industri yang rendah sebanyak 30%-40%) boleh membawa kepada kecekapan operasi yang lebih baik, kerana kilang yang usang adalah kurang cekap tenaga dan juga pekerja.

“Memandangkan inventori pelanggan akan habis dijangka pada separuh pertama 2023, pesanan mungkin lebih baik pada separuh kedua, diikuti dengan pentauliahan beransur-ansur barisan pengeluaran baharu menjelang 2024,” katanya dalam nota kajian.

Pada Februari dan Mac tahun ini, eksport sarung tangan getah masing-masing meningkat 8 peratus dan 10% bagi bulan ke bulan.

Ini adalah kenaikan bulan ke bulan buat kali kedua berturut-turut berikutan penurunan 14% pada Januari lalu, yang menunjukkan permintaan sarung tangan semakin mendapat daya tarikan.

Namun begitu, beliau menyedari bahawa pelanggan masih enggan membuat pesanan secara besar-besaran dengan pesanan awal juga telah dipendekkan kepada sebulan daripada 3 bulan sebelum COVID-19.

“Pemain industri menjangkakan rasionalisasi inventori pelanggan aseparuh kedua tahun ini, disokong oleh tahap inventori sarung tangan yang meningkat sejak 2020, semakin menghampiri tarikh luputnya (jangka hayat biasa: 3-5 tahun).

“Oleh itu, kami mengekalkan sasaran permintaan akhir tahun 2023 kami pada 415 bilion keping, mewakili pertumbuhan 4% tahun ke tahun daripada angka 2022,” jelasnya.

Secara keseluruhan, RHB Investment meletakkan Hartalega dan Kossan sebagai pilihan utamanya bagi sektor sarung tangan getah. – nasionalkini.my

covid melonjak

Kes COVID-19 kembali meningkat

IMG 20230516 WA0013

Program Cuti-cuti Cikgu mampu milik antara 10 inisiatif KPM