in ,

Penjawat awam rugi RM100,000 angkara pelaburan ‘kilat’

360 F 702775304 0Tk3kbo8rc4AG5oof9vJl4LMz3i0DA5E

KUALA TERENGGANU – Akibat terpedaya dengan janji manis keuntungan berlipat ganda dalam tempoh singkat, seorang penjawat awam berputih mata apabila kerugian RM99,276.64 selepas menjadi mangsa dua skim pelaburan tidak wujud, baru-baru ini.

Lebih memilukan, wanita berusia 38 tahun itu bukan sahaja menghabiskan wang simpanan peribadinya, malah sanggup menggadaikan barangan kemas miliknya demi mengejar pulangan lumayan yang ditawarkan sindiket berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa pada mulanya tertarik dengan satu iklan pelaburan yang dilihatnya menerusi aplikasi Telegram pada 1 Mei lalu.

Terpedaya Jaminan Pulangan 6 Jam

“Mangsa yang terpesona dengan jaminan kononnya mampu memperoleh keuntungan besar dalam tempoh hanya enam jam telah menyertai pakej permulaan bernilai RM1,000.

“Susulan itu, mangsa telah mengikut arahan suspek dengan melakukan beberapa lagi transaksi pembayaran tambahan yang keseluruhannya berjumlah RM48,965 bagi tujuan pengeluaran kononnya keuntungan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Masuk ‘Lubang’ Kedua

Azli berkata, walaupun masih belum menerima sebarang hasil daripada pelaburan pertama, mangsa sekali lagi terjebak dengan satu lagi skim pelaburan berbeza di platform yang sama pada 11 Mei lalu.

Ujarnya, bagi skim kedua ini, mangsa dijanjikan keuntungan dalam tempoh lebih pantas iaitu hanya 30 minit, menyebabkan dia melakukan pindahan wang berjumlah RM50,311.64 dalam tempoh Isnin hingga kelmarin.

“Mangsa hanya mula menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan buat kali kedua selepas diminta pula membuat pembayaran baharu berjumlah RM38,527 oleh suspek.

“Curiga dengan permintaan tersebut, wanita berkenaan akhirnya tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan tawaran pelaburan di media sosial yang menjanjikan keuntungan tidak munasabah dalam tempoh singkat bagi mengelakkan kerugian harta benda.

WhatsApp Image 2026 05 14 at 12.40.54 PM

UPSI laksana e-Perkasa SPM 2026 bantu 664 anak warga ATM

KARNIVAL JOM HEBOH PUTRAJAYA copy 1 1722427201

Penduduk Malaysia kini 34.4 juta, lelaki kekal mendominasi