KUCHING, 30 Julai – Dua lelaki maut selepas motosikal yang mereka naiki terbabas dan terlanggar pokok di Jalan Sultan Tengah, di sini, hari ini.
BPemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, kedua-dua lelaki yang berumur 39 dan 48 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi itu mangsa dalam perjalanan dari Kampung Pasir Pandak menghala ke Santubong.
“Siasatan awal mendapati motosikal Honda EX-5 yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas sebelum terlanggar pokok di sebelah kiri jalan.
“Pihak paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS) mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan Berita Harian, hari ini.
Menurutnya lagi, mayat kedua-kedua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
“Kes itu disiasat lanjut mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – nasionalkini.my


