in ,

Kejadian tanah mendap di Kilometer 66.1 arah timur dan barat Bentong, pengguna dinasihat guna laluan alternatif

mendap 3
Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad (ANIH) menerusi di Twitternya menasihatkan pengguna untuk melalui lalaun alternatif dan susur keluar ke bandar Bentong.

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Kesesakan  dilaporkan berlaku di beberapa laluan berikutan kejadian tanah mendap di Kilometer 66.1 laluan ke arah timur dan barat Bentong, malam ini.

Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad (ANIH) menerusi di Twitternya menasihatkan pengguna untuk melalui lalaun alternatif dan susur keluar ke bandar Bentong.

“Awas!. Terdapat kejadian mendapan tanah di Km 66.1 arah timur & barat (Bentong) yang telah menghalang lorong kiri dan kanan. Pengguna dinasihatkan untuk ‘exit’ ke bandar Bentong,” ciap ANIH di Twitter, malam ini.

mendap 1
Kesan mendapan tanah di kilometer 66.1 laluan ke arah timur dan barat di Bentong, Pahang.

Sementara itu, di Facebook, ANIH turut berkongsi beberapa maklumat  jalan alternatif kepada pengguna  bagi memudahkan urusan pengguna jalan raya.

“Dari Kuantan ke Kuala Lumpur, pengguna diarahkan keluar ke Persimpangan Pekan Bentong Timur dan masuk semula ke Pekan Bentong Barat.

“Dari Kuala Lumpur ke Kuantan, pengguna diarahkan keluar ke Persimpangan Pekan Bentong Barat dan masuk semula ke Pekan Bentong Timur,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman  memaklumkan kedua-dua arah jalan terpaksa ditutup susulan kejadian tanah mendap dan meminta pengguna lebih berhati-hati.

“Saya telah mendapat maklumat berlaku kejadian “sink hole” di Lebuhraya LPT menghala ke Karak.

“Jalan kini ditutup kedua-dua arah. Jika anda ingin ke Kuala Lumpur atau ke Karak perlulah melalui / masuk ke Bentong,” katanya menerusi Facebooknya.

Beliau pada masa sama meminta pengguna lebih berhatihati dan mematuhi arahan daripada pihak LPT.- nasionalkini.my

SPRM 990x440 1

Kes AMLA: Ahli perniagaan ditahan SPRM terlibat dana meragukan

IMG 20230710 144319 800 x 500 pixel

3 beranak maut kemalangan di LPT2