in ,

Permintaan terakhir dua beradik minta beli aiskrim

IMG 20230625 WA0046
Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman (lima, kiri) ditenangkan oleh saudara-mara ketika menunggu urusan bedah siasat anak-anaknya di Unit Forensik Hospital Pekan hari ini

OLEH: AD Zafir

PEKAN, 25 Jun – Dua daripada tiga beradik yang terlibat dalam kemalangan maut, di Jalan Benta-Lamir berhampiran Kampung Langgar, semalam membuat permintaan terakhir daripada ibu bapanya untuk membeli askrim.

Permintaan tersebut dibuat sebelum terlibat dalam kemalangan maut itu sekali gus menjadi kenangan yang sukar dilupakan buat ibu dan bapanya.

Nahas yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, membabitkan penunggang motosikal, Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam, 15, dan dua adiknya, Nik Nur Faqihah, 11, serta Nik Ikram Nuqman, 5.

Ketiga-tiganya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan MPV yang datang dari arah hadapan.

Bapanya, Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman, 41, berkata, Nik Nur Faqihah dan anak bongsunya, Nik Ikram Nuqman merayu kepada ibunya, Nur Baizura Mustafa, 33, supaya memberi sedikit wang untuk membeli aiskrim pada hari kejadian.

Menurutnya, Nik Nur Faqihah memberitahu pembelian itu adalah permintaan terakhir daripada mereka berdua.

IMG 20230625 WA0047
Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman

“Nik Nur Faqihah kata, hari ini (Sabtu) last (terakhir) saya hendak makan aiskrim manakala adiknya (Nik Ikram Nuqman) pula merayu-rayu dan meminta izin dengan ibunya untuk pergi ke kedai.

“Dua beradik itu kemudian bersama abangnya (Nik Ikram Idwan) menaiki motosikal untuk membeli aiskrim di sebuah kedai namun ketika dalam perjalanan balik motosikal ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah kereta,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pekan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Mohd Khairul Hisyam berkata, berita mengenai kemalangan maut membabitkan ketiga-tiga anaknya diketahui selepas menerima panggilan telefon daripada isterinya kira-kira pukul 1 tengah hari semalam.

Jelasnya, selepas isterinya mengirimkan gambar kemalangan menunjukkan keadaan anak-anak mereka baharulah dia dapat menerima kebenaran berita tersebut.

“Bila isteri cakap tiga anak kita sudah tiada, saya ingat dia (isteri) main-main, tetapi selepas melihat gambar anak-anak terbaring atas jalan, saya rasa hiba dan sedih.

“Selepas itu, saya bergegas pulang dan tidak dibenarkan untuk melihat anak-anak yang kaku di atas jalan raya,” katanya.

Sementara itu, katanya lagi, walaupun reda dengan dugaan yang menimpa namun sedikit terkilan kerana tidak dapat melihat Nik Ikram Idwan menyambungkan semula persekolahan selepas Hari Raya Aidiladha ini.

“Semua kelengkapan sekolah sudah dibeli hanya menunggu proses pendaftaran sekolah selesai.

“Dia ( Nik Ikram Idwan) beli motosikal dengan usaha sendiri semata-mata untuk memudahkan ke sekolah, tapi ALLAH lebih menyayanginya,” katanya.

Ketiga-tiga jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu, Pekan. – nasionalkini.my

IMG 20230625 160154

Reman anak kapak ibu di Muar dilanjutkan seminggu lagi

IMG 20230625 WA0058

TMJ lancar perang psikologi muat naik scoreboard JDT tewaskan Selangor