in

Kerajaan berhak untuk membuat pengumuman pada waktu bila pun – Ahmad Maslan

ptj04 12042023 ahmad akauntan 3263545 20230702115235
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan.

PUTRAJAYA, 28 Julai – “Kerajaan berhak untuk membuat pengumuman pada waktu bila pun, takkan kalau ada pilihan raya kerajaan tidak boleh buat apa apa.” itu jelas Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Berita Harian melaporkan, beliau berkata, sebelum ini terdapat pihak yang mempersoalkan mengenai dasar dan ekonomi yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun apabila terdapat insentif yang diumumkan ia dianggap sebagai ‘gula-gula’ sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

“Katakan kita umum mengenai Ekonomi Madani, lantas ada diluar sana mendakwa pengumuman itu adalah untuk Perdana Menteri pada PRU (Pilihan Raya Umum), takkan seorang Perdana Menteri tak boleh nak umum beberapa perkara?

“Kritikan di luar semua tak kena, kata belum nampak dasar ekonomi dan bantai kita (kerajaan) seperti tidak tahu uruskan ekonomi.

“Tapi bila dah buat pengumuman, mereka kata itu gula-gula. Jadi kita tidak peduli kritikan di luar ini yang penting untuk kerajaan adalah melaksanakan tugas berkesan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem iPatuh Jabatan Kastam Diraja (JKDM), di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden Parti Ikatan Demokrattik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta supaya Kerajaan Madani tidak sepatutnya mengulangi budaya ‘gula-gula pilihan raya’ menjelang PRN.

Beliau mendakwa, bantuan itu dilihat seperti gula-gula pada pilihan raya memandangkan pengumuman itu dibuat beberapa hari sebelum kempen PRN bermula. – nasionalkini.my

361670536 837282874428318 2642121736133097705 n

Fahmi lancar Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo

Untitled rasuah 1690526845

Dua individu ditahan disyaki rasuah lebih RM100 juta