in

Kembara Mahkota Johor (KMJ) membuka tirai Ogos ini

364749474 849385439879412 3614672073826616611 n
KMJ 2023 akan berlangsung bermula 5 hingga 8 Ogos depan.

JOHOR BAHRU, 31 Julai – Selepas hampir tiga tahun Kembara Mahkota Johor (KMJ) tidak diadakan berikutan pandemik Covid-19, acara yang dinanti-nantikan Bangsa Johor itu bakal membuka tirai Ogos ini.

Kali terakhir KMJ diadakan pada tahun 2019, dan kini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Keluarga Diraja Johor akan kembali menjelajah ke 10 daerah bertemu rakyat.

Menerusi muat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, KMJ 2023 akan berlangsung bermula 5 hingga 8 Ogos depan.

KMJ 2023 bakal menyaksikan jelajah pacuan empat roda oleh Keluarga Diraja Johor dengan jumlah perjalanan hampir 800 kilometer.

Ikuti perkembangan dan aktiviti jelajah KMJ 2023 menerusi laman media sosial Keluarga Diraja Johor. – nasionalkini.my

anwar 329435962 3095282504103743 3928550737735609876n 20230329134342 facebook@anwar ibrahim

Rombak sistem pemerolehan aset pertahanan negara

logo polis 2 1651832730

Lapan disyaki pengikut Ahmadi Religion diberkas pada Himpunan LGBT