in

11 tahun tidak pulang beraya di kampung

IMG 20230507 WA0016
Mohamad Fauzi (kanan) bersama penghuni rumah orang tua Taman Tas, Kuantan

Oleh Arman Dhani Zafir

KUANTAN, 7 Mei – “Bila sudah mula pikul tanggungjawab, jangan hendak tinggal macam itu sahaja, itu yang saya sudah janji dengan diri sendiri masa mula-mula buka rumah kebajikan,” katanya Mohamad Fauzi Ramli.

Dia adalah pengurus Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Seri Permai Taman Tas, dekat sini, sudah hampir 11 tahun tidak pulang berhari raya ke kampung bersama keluarga demi menjaga kira-kira 24 orang penghuni rumah kebajikan tersebut.

Menurutnya, tanggungjawab dan amanah diberikan untuk mengurus pusat jagaan orang tua lebih penting untuk ditunaikan lantaran hasrat pulang ke kampung sentiasa diketepikan.

“Perasaan rindu itu pada ayah di kampung memang sentiasa ada, apatah lagi menjelang raya, terkenang pula berhari raya dengan adik-beradik.

“Hasrat itu, saya korbankan mamandangkan semuanya sudah difikirkan ketika mula-mula hendak membuka pusat kebajikan ini. Kerinduan kepada ayah dan keluarga di kampung dilepas kepada penghuni orang tua di sini.

“Bila saya pikul amanah dan tanggungjawab, saya tidak boleh lepas tangan, saya kena betul-betul menjaga mereka (penghuni) tiada petugas lain lagi di sini,” katanya ketika ditemui di sini.

Bercerita lanjut, Fauzi berkata, tempoh 11 tahun itu bukan masa yang singkat malahan dalam waktu tersebut hampir setiap tahun terpaksa menerangkan kepada keluarga.

Jelasnya, walaupun mereka (keluarga) sudah tahu fokus dan tugas digalasnya, namun dia tidak pernah jemu untuk menjelaskan situasinya.

“Pada peringkat awal mereka tidak dapat menerima tindakan saya yang tidak pulang menyambut lebaran… Tiga tahun pertama memang amat mencabar.

“Namun selepas diperjelaskan mengenai tanggungjawab besar dipukul dalam menguruskan rumah kebajikan orang tua membuatkan mereka faham.

“Alhamdulillah… ayah, adik-beradik dan keluarga lain faham malahan mereka pula akan menjenguk saya di sini sebelum raya jika keadaan mengizinkan,” katanya yang mengakui sayu setiap kali mendengar takbir raya.

Sementara itu, katanya lagi, cabaran tetap ada untuk ditangani bila berdepan situasi ini terutama pandangan dan anggapan orang sekeliling.

Katanya, ada juga pertikaian tindakannya yang meninggalkan keluarga di kampung terutama membabitkan orang tua sendiri.

“Selalu juga ada yang mempersendakan saya menyatakan bersusah-payah menjaga ayah orang lain tapi bapa sendiri terabai… kadang-kadang saya terduduk juga bila terdengar tu.

“Situasi saya di sini berbeza, ada juga saya ajak ayah duduk bersama… Tapi biasalah orang tua, bukan nak duduk dengan anak lama-lama, teringat kucing, ayam, itik di kampung.

“Kali terakhir beraya bersama keluarga pada 2011 yang lalu dan bila rumah kebajikan dibuka menang tak balik kampung langsung… Ada juga mencari pembantu atau sukarelawan untuk kerja menggantikan saya sementara waktu tetapi semuanya datang sehari sahaja kerana tidak sanggup” katanya. – nasionalkini.my

FB IMG 1683430104531

Kerajaan Pahang beri sumbangan RM500 kepada jemaah haji

FB IMG 1683440554999

Peruntukan tambahan pembangunan RM1 bilion untuk N Sembilan