in

SC kaji semula Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan

IMG 20230516 WA0017
Kajian semula yang dijalankan adalah sebahagian daripada usaha Suruhanjaya Sekuriti untuk menjadikan CMSA lebih moden - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang menjalankan kajian semula secara holistik terhadap Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dalam usaha memastikan undang-undang sekuriti kekal relevan.

CMSA merupakan perundangan utama yang berfungsi mengawal selia pasaran modal Malaysia.

Menurut SC, kajian semula tersebut adalah sebahagian daripada usaha badan suruhanjaya itu untuk menjadikan CMSA lebih moden.

Katanya, ia juga menggalakkan kecekapan yang membolehkan pasaran modal kekal berdaya saing di samping mengekalkan perlindungan pelabur.

“Bagi tujuan itu, SC mempelawa maklum balas orang ramai berkenaan bahagian dan bidang bawah CMSA yang berkaitan tadbir urus produk, pendedahan, proses kelulusan untuk cadangan korporat dan pengambilalihan.

“Maklum balas awam ini bertujuan memastikan kesempurnaan kajian semula tersebut dan dalam melengkapkan penglibatan industri yang berterusan dan perundingan kumpulan fokus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SC berkata, pendekatan inklusif itu membolehkannya mengambil kira semua isu yang menjadi kebimbangan melalui proses semakan yang telus.

“Dengan mendapatkan input daripada pihak berkepentingan seluruh industri, SC juga boleh mengenal pasti jurang berpotensi dan mendapatkan pandangan yang bermanfaat dalam menambah baik CMSA,” tambahnya. – nasionalkini.my

2152437

Wanita ditahan kes dera bayi di Johor

WhatsApp Image 2023 05 16 at 2.09.34 PM

Menikmati hidangan nasi buluh di Sungai Klah