in

Rumah Transit Baitulmal MAIWP kembali operasi Ogos ini

WhatsApp Image 2023 06 22 at 8.53.44 PM
kemudahan rumah transit baitulmal MAIWP bakal memberi manfaat kepada warga kota yang berdepan masalah tempat tinggal.

Oleh Aliah Ramli

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Rumah Transit Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bakal kembali beroperasi Ogos ini selepas dihentikan sementara ketika penularan pandemik COVID-19.

Penolong Pengurus Unit Naziran & Seranta MAIWP, Mohd Saiful Hafiz Abdullah berkata, rumah terletak di Taman Pelangi Jaya Sentul itu kini masih dalam proses penyelenggaraan.

Kemudahan itu katanya, bakal memberi manfaat kepada warga kota khususnya yang berdepan masalah tiada tempat tinggal.

WhatsApp Image 2023 06 22 at 8.54.30 PM
Kemudahan disediakan oleh MAIWP lebih praktikal dengan sebanyak tiga bilik disediakan dan boleh memuatkan tiga keluarga dalam satu masa.

“Ada kala kita menerima kes mangsa diusir dari rumah sewa dan ada juga keluarga tidur dalam kereta.

” Rumah ini akan dijadikan tempat transit bagi kes kecemasan seperti ini dan boleh diduduki sementara waktu sehingga mereka menemui rumah yang lebih sesuai untuk diduduki,” katanya kepada nasionalkini.my

Ujarnya, walaupun kawasan bandar mempunyai pusat transit buat gelandangan namun kemudahan tersebut kurang sesuai diduduki mereka yang telah berkeluarga.

Justeru katanya, kemudahan disediakan oleh MAIWP itu lebih praktikal dengan sebanyak tiga bilik disediakan dan boleh memuatkan tiga keluarga dalam satu masa.

“Ia turut dilengkapi perkakasan dapur selain mesin basuh serta ruang legar dan kemudahan-kemudahan lain.

” Tempoh tinggal bagi sesuatu kes dihadkan kepada dua bulan saja susulan MAIS ada menyediakan bantuan sewa rumah kepada yang layak, ” katanya.

Beliau berharap, bantuan disediakan itu dapat melancarkan bantuan segera bagi kes-kes kecemasan diterima. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 22 at 7.46.56 PM

Johor negeri contoh, 98 peratus pelaburan asing berjaya direalisasikan

sihat

Tun Taib Mahmud sihat, henti tular berita palsu