in

Layan busker sambil menjamu selera

IMG 20230814 145617 800 x 500 pixel
Food Stop by IMFOOD di Indera Mahkota 5, Kuantan

JIKA anda suka suasana melayan selera sambil menjamu halwa telinga, Food Stop by IMFOOD adalah lokasi paling tepat untuk membawa keluarga.

Persembahan busking diadakan setiap Rabu dan Sabtu oleh bakat tempatan di situ.

Persembahan busking diadakan pada malam Rabu dan Sabtu

Berkonsepkan medan selera dengan pelbagai jenis hidangan tersedia, anda boleh memesan makanan kesukaan dengan tawaran harga yang sangat menarik.

Bukan hanya masakan panas, nasi ganja yang selalunya dikaitkan dengan menu terkenal di Utara juga ada di sini.

Nasi Ganja antara menu pilihan ramai di Food Stop by IMFOOD Indera Mahkota 5

Mula beroperasi pada awal Julai lalu, Food Stop by IMFOOD terletak di Indera Mahkota 5, dekat sini, mempunyai ruang letak kereta yang luas dan memudahkan pelanggan mereka.

Aneka sup dan pelbagai jenis lauk tradisional juga ada disediakan di medan selera itu.

Terdapat 14 vendor makanan sedia menunggu pengunjung yang singgah di situ dan mereka menjanjikan pengalaman yang sangat menarik untuk setiap pelanggan.

Food Stop by IMFOOD turut menyediakan menu nasi lemak aneka lauk

Antara yang boleh dipilih adalah set nasi oleh Rara’ Kitchen, sizzling mee selain mee kolok dari Sarawak.

Tidak lupa juga, IMFOOD turut menyediakan menu Barat seperti chicken chop serta variasi kopi dari Vietnam dan tempatan.

Kopi Laksamana istimewa untuk pelanggan

Bagi yang sukakan nasi lemak, di sini juga ada aneka lauk untuk dimakan bersama nasi lemak yang mereka minta.

Untuk melengkapkan lagi senarai menu di Food Stop, pelanggan juga boleh memesan sate dan apam balik di situ.

Food Stop by IMFOOD menawarkan pelbagai jenis sate untuk pelanggan mereka

Kepada pelanggan yang suka menikmati burger atau steamboat pula, ada tidak kecewa kerana semua itu ada disediakan di Food Stop by IMFOOD Indera Mahkota.- nasionalkini.my

IMG 20230814 121451 800 x 500 pixel

Wanita sarat mengandung ditinggal suami terima bantuan

IMG 20230814 153907 800 x 500 pixel

Guru agama naik pangkat